Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi ringgit dilihat optimis dalam jangkaan pertumbuhan KDNK itu selain andaian Rizab Persekutuan AS (Fed) berkemungkinan menurunkan kadar faedah dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada September ini.